Monday, August 16, 2010

Ramadhan pertamaku selepas transplant

Ramadhan tahun ini terasa sangat pelik kerana saya telah dinasihatkan oleh Prof Tan (doktor transplant di Prince Court Medical Center) untuk TIDAK berpuasa. Menurut Prof Tan, ubat anti rejection perlu dimakan mengikut selang masa 12 jam, sedangkan jangka masa puasa di Malaysia lebih kurang 13 jam lebih. Terkenang pula masa di UK dulu, puasa semasa musim sejuk hanya 7 jam!.

Satu lagi, saya perlu minum air yang banyak, sebanyak 4 liter sehari, jadi kalau puasa tentulah sukar untuk menenguk air sebanyak 4 liter. Agaknya kalau nak buat jugak, jawabnya tak boleh keluar rumah selepas berbuka dan memaksa diri untuk teguk 4 liter air sebelum tidur dan sewaktu sahur. 'close to imposible' bak kata orang putih.

Saya tidak tahu apa perasaan pesakit transplant lain, tapi saya terasa AMAT sedih kerana tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan, yang di dalamnya terdapat banyak kebaikan, kerahmatan, keampunan dan kebebasan dari api neraka. Amat besar ganjaran untuk muslim yang berpuasa, ganjarannya adalah 'surprise' dan hanya akan diketahui apabila bertemu Allah di akhirat kelak.

"segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah 700 kali ganda, Allah berfirman: ' Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku, dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan-minumnya kerana Aku'
(Hadis riwayat Muslim)

Walaupun dari aspek fekah OK untuk tidak berpuasa (tapi perlu bayar fidyah), tapi dari aspek 'ruhi' (kerohanian) tak OK!. Terasa biasa aje, mungkin terasa ringan sikit untuk tilawah lebih dari bulan-bulan lain. Pendek kata, tidak teruja seperti Ramadhan yang lepas-lepas.

Pelbagai alternatif/'solution' difikirkan untuk membolehkan saya berpuasa. Antaranya;
1. Ambil suntikan
2. 'Adjust timing' pengambilan ubat anti rejection sebab puasa 13 jam lebih, sedangkan selang antara ubat ialah 12 jam. Rasanya 13 jam lebih dengan 12 jam tidaklah jauh sangat.

Tapi 'angan-angan' saya untuk berpuasa berkubur begitu sahaja apabila saya bertanya prof Tan berkenaan kemungkinan untuk berpuasa. Prof Tan jawab, 'NO' dengan nada yang agak tegas. Prof Tan lembut perwatakannya. Apabila dia cakap 'NO' tu saya dan isteri terus terima.

Walau bagaimanapun, menurut Prof Tan, saya boleh puasa selepas 3 atau 4 tahun, Alhamdullilah!. mungkin waktu itu badan saya sudah sebati dengan kidney baru ni.

[English version]

Ramadan this year feels very strange because I have been advised by Prof Tan (transplant physician at Prince Court Medical Center) for not fasting.According to him, anti-rejection drugs have to be eaten by a 12-hour intervals, while the fasting period in Malaysia is more than 13 hours. I remember when I was in the UK, fasting there during winter time was just 7 hours!

Furthermore, I need to drink plenty of water, at 4 liters per day, so if fasting, it would be very difficult to swallow 4 liters of water. Perhaps if I were to fast for some reason, I could not go out of the house after break fast. I have to forced myself to swallow four liters of water before bed and during 'sahur'. It is close to imposible.

I do not know what feelings other transplant patients may have, but I feel so sad for not being able to fast in Ramadan, in which there is a lot of good, blessings, forgiveness and freedom from the Hell Fire.Great reward for Muslims who fast, the rewards are 'surprise' and will only be known when they meet Allah in the Hereafter.

"The good deed of Adam is folded-double reward to ten times until 700, Allah says: 'Except the fast, for fasting is for Me and I reward him as he was leaving the lust and food and drink for me'
(Hadith narrated by Muslim)

Although in Fiqh it is OK for not fasting (but must pay a redemption or fidyah), but in terms of 'ruhi' (spirituality) is not OK!. There is not so much incitement in welcoming Ramadan like in the past, except for feeling a bit light to recite Quran more than usual.

Various alternatives / 'solution' I thought to fasting. Among them;
1. Take injections
2. Adjust interval between anti-rejection drugs, for the fasting duration is 13 hours, while the interval between the drug is 12 hours. It seems like 13 hours to 12 hours is not much a different really.

But It all gone when I asked Prof Tan about the possibility of fasting. Prof Tan answered, 'NO' with a very firm tone. Prof Tan is soft spoken type of person. When he says 'NO', My wife and I just accept it.

However, according to Prof Tan, I can fast after three or four years, Alhamdulillah!.

No comments:

Post a Comment